Lama menyepi... kesibukan kerja serta tugas harian membantutkan usaha untuk mengemaskini "teratak buruk" nih... tapi dalam kesibukan aktiviti seharian... memancing masih diteruskan... dan banyak mencipta sejarah... bukan sejarah global... cuma rekod peribadi... dan di harap dapat terus maju lagi...
Disertakan beberapa himpunan koleksi gambar dari aktiviti sebelum ini...
Bermalam di Pulau Denawan
Tarikh: 3-4 May 2008
Sedang sibuk bertugas... panggilan diterima... mengajak bermalam di Pulau Denawan... kemas apa yang patut terus balik... pesanan diterima untuk membeli sedikit barang makanan dan barang pancing... beli tangsi 15lb, sekotak 100biji mata kail murah, ladung halus, megi dan sardin...
Sesampai di rumah... trip pertama seramai 6 orang sudah bertolak... tinggal aku dengan member sorang lagi untuk perjalanan kedua... capai apa yang sempat... khemah siap pasang, kem, air, barang pancing... terus bergerak ke anak sungai... perahu pakcik Azmain sudah menanti... tapi dia xkan turut serta... dia ada misi lagi... cuma sebagai penghantar...
Perjalanan bermula sebaik lepas Maghrib... keadaan angin petang yang mewujudkan ombak di muara menyukarkan perahu untuk keluar... pengalaman pakcik Azmain digunakan sebaik mungkin... hampir 15 minit bermain-main di muara... menunggu masa untuk merempit perahu... akhirnya berjaya dan selamat sampai ke Pulau Denawan disaat matahari betul2 telah berlabuh...
Banyak kekurangan dalam perancangan... tiada satu pun perkakasan untuk memasak yang di bawa... pencadang trip cuma mengharapkan nasik yang sudah siap dimasak berserta sedikit lauk... tin sardin dibuka... dipanaskan terus di dalam tin... air minuman dimasak semula untuk melembutkan mee...
Seawal jam 9 malam... kayu api sudah habis... keadaan gelap memaksa untuk pergi mencari... bernasib baik pakcik Azmain meninggalkan lampu suluhnya... tiada la teraba-raba...
Aktiviti malam cuma menahan pukat... banyak juga hasil... ikan todak, anak tetanda, bebolos, kelapa-kelapa... hajat di hati mau direbus saja suma ikan segar tersebut... tapi kekurangan perkakasan sekali lagi memaksa untuk dibakar saja... dan tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan diwaktu malam... pon Motorola V3i dengan 1.3mp tidak mampu merakamkan situasi...
Jadi kesimpulannya tiada sangat aktiviti memancing yang dapat dilakukan... tapi secara keseluruhannya memang best dan enjoy... untuk seketika lupa semua masalah dan kesibukan kerja... kekadang terasa macam cerita CASTAWAY pula... hehehehe...