Pertama... dalam bahasa...

Aku wujudkan blog ni adalah untuk menyimpan rekod-rekod serta maklumat dalam arena pancingan aku untuk rujukan aku sendiri dan mungkin akan menjadi berguna bagi orang lain... Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam blog ni biasanya aku ambik dari http://www.fishing.net.my/forum/default.asp tempat dimana aku mensampah dan juga tempat dimana aku cuba mencari ilmu... Dan juga mungkin akan aku ambik hasil dari carian di dalam JARING LUAS DUNIA...

Saturday, March 29, 2008

Sukar Tanpa Aktiviti...

Sudah 2 minggu tidak menjalani aktiviti memancing yang berkualiti... cuti yang panjang gagal digunakan sebaiknya... cuma memukat ikan di persisir pantai kampung saja mampu mengubat luka... biarpun hasil tidak besar... tidak banyak... tapi Alhamdulillah ada juga rezeki dariNya...



Sebelum matahari menyembunyikan dirinya...


Harap-harap esok dapat keluar mengail... biar setakat di depan takat kampung saja... biar hasil tak seberapa... janji dapat membasahkan tali mono 20lb... janji dapat melabuhkan umpan... janji dapat...

Wednesday, March 19, 2008

Spisis Ikan Air Masin

Posting asal bwan dari MFN

Di bawah di senaraikan antara jenis-jenis ikan air masin yang terdapat di Malaysia


Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper (juvenil)
Nama tempatan: Kertang (anak)
Sumbangan : Tembaring




Nama Saintifik : Plectropomus maculatus
Nama umum : Spotted coralgrouper
Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh





Nama saintifik: Symphorus nematophorus
Nama umum: Chinamanfish
Nama tempatan: moputi, ikan merah mentimun




Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus
Nama umum : Mangrove jack
Nama tempatan : Kakap merah, tambong




Nama Saintifik :Pristipomoides multidens
Nama umum : Goldbanded jobfish
Nama tempatan : Ibu kerisi, kerisi bali




Nama saintifik: Lethrinus miniatus
Nama umum: Sweetlip Emperor, Trumpet Emperor
Nama tempatan: Landok, Asoh, Lausu



Gambar dan penerangan di ambil dari forum MFN...
Untuk senarai koleksi penuh spisis-spisis ikan air masin sila klik
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=6265

Jenis-jenis Perambut Laut Dalam

Posting asal bwan dari MFN

Ada 2 jenis perambut yang selalu diamalkan oleh para pemancing laut dalam di KK untuk pancingan dasar. Mungkin kaedah di lain tempat berbeza tetapi mungkin juga boleh dicuba di tempat anda.

1. Perambut Satu Mata
Perambut ini digunakan selalunya pada waktu malam untuk menundukkan spesis-spesis bagak tetapi boleh digunakan juga pada waktu siang. Tanduk atau ranggung atau spreader sama ada dibuat sendiri atau dibeli digunakan supaya perambut tidak berbelit di tali utama.



jenis spreader yang biasa digunakan.

Swivel diikat pada tali utama dan spreader disangkutkan pada swivel. Batu ladung saiz 12-14 dri jenis snapper sinker (buah kana) digunakan supaya cepat sampai ke dasar. Perambut yang diikat kepada hujung spreader selalunya antara 2-3 depa berkekuatan antara 60-150lbs bergantung kepada spesis yang disasarkan dan keadaan dasar. Perambut yang agak kaar digunakan terutamanya untuk mengelakkan putus apabila bergeser dengan batu karang ketika ikan membawa lari umpan. Mata pancing yang digunakan selalunya antara saiz 4/0-6/0 atau lebih besar.



2. Perambut dua mata atau lebih (paternoster)



Boleh disambungkan 2 atau 3 mata atau lebih.
Selalunya perambut ini digunakan khususnya pada waktu siang untuk memburu ikan-ikan yang sederhana besar seperti kerapu, merah, kunyit dan sebagainya yang bergerak dalam kumpulan besar. Perambut ini seperti juga jenis apollo yang dibuat sendiri. Tali berkekuatan 40-60lbs selalunya digunakan dan batu ladung diikat di bawahnya. Pelbagai jenis ikatan boleh digunakan untuk menyambung cawangan perambut itu bergantung kepada minat dan kesesuaian. Ada sesetengah pemancing yang menyediakan perambut awal-awal lagi di rumah dan membuat satu ikatan atau jalinan yang kemas dan cantik. Tetapi, saya lebih suka membuat ikatan yang mudah dan ringkas di bot sebelum melabuhkan umpan. Perambuat utama biasanya sepanjang dua depa dan setiap cawangan lebih kurang sehasta.


Jalinan tali cawangan pada perambut yang dijalin kemas tetapi mengambil sedikt masa untuk disiapkan.

untuk perbincangan yang lebih terperinci sila klik --> http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=6349

Jenis-jenis Ikatan


Jenis-jenis ikatan hasil rujukan dari forum MFN... disertakan beberapa gambar sebagai rujukan... untuk perincian buleh rujuk di http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=6353