Pertama... dalam bahasa...

Aku wujudkan blog ni adalah untuk menyimpan rekod-rekod serta maklumat dalam arena pancingan aku untuk rujukan aku sendiri dan mungkin akan menjadi berguna bagi orang lain... Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam blog ni biasanya aku ambik dari http://www.fishing.net.my/forum/default.asp tempat dimana aku mensampah dan juga tempat dimana aku cuba mencari ilmu... Dan juga mungkin akan aku ambik hasil dari carian di dalam JARING LUAS DUNIA...

Tuesday, August 12, 2008

Minat Baru...

Selain dari memancing... telah timbul satu minat baru... photography dan picture editing... minat yang menyebabkan aku membeli sebuah kamera kompak digital... hajat di hati mau juga guna DSLR... tapi memandangkan bajet yang sedikit... maka pendam dulu hasrat untuk memiliki DSLR... mungkin kalau ada rezeki lain kali... lain hari...

Picture editing... aku gunakan perisian Adobe Photoshop 7.0... semuanya menggunakan teknik cuba jaya... banyak juga ilmu asas photography yang aku dapat hasil dari sini forum MFN (http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=15474)... untuk tutorial bagi pula aku rujuk dari laman web Pixel2Life (http://www.pixel2life.com/tutorials/adobe_photoshop/)... nampaknya kepakaran serta minat kepada System Programming sudah semakin luput... PHP dan MySQL entah hilang ke mana... betullah... ilmu yang tidak diamal xda gunanya... keperluan kerja tidak memerlukan aku mengembangkan lagi bakat dalam bidang itu...

Berbalik pada picture editing... banyak percubaan yang aku lakukan untuk memahirkan diri dalam mengambil gambar serta membuat editing pada gambar... dan sehingga kini masih terhad skill... dan paling ketara sekali ialah kurangnya idea dalam menghasilkan sesuatu gambar... di bawah adalah beberapa contoh gambar...


Percubaan pertama... nampak sangat kelemahan... disebabkan langit tiada awan... aku cuba masukkan gambar awan menggantikan langit asal...



No comments: