Pertama... dalam bahasa...

Aku wujudkan blog ni adalah untuk menyimpan rekod-rekod serta maklumat dalam arena pancingan aku untuk rujukan aku sendiri dan mungkin akan menjadi berguna bagi orang lain... Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam blog ni biasanya aku ambik dari http://www.fishing.net.my/forum/default.asp tempat dimana aku mensampah dan juga tempat dimana aku cuba mencari ilmu... Dan juga mungkin akan aku ambik hasil dari carian di dalam JARING LUAS DUNIA...

Tuesday, August 12, 2008

Laporan Yang Kumpau

Projek Toman gagal... huhuhuhuhuhu...tapi tetap memberi keseronokan sendiri serta pengalaman baru bagi sya dan semua yang terlibat...perancangan asal mau bergerak dari rumah jam 6.30... namun atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan bergerak lambat...sya terpaksa kidnap kawan sekampung yg masih tidur... mulanya dia sangka mau mancing di sungai... siap bawa joran aksi berat lagi... ekekekeke...apapun kita merancang... Tuhan menentukan... trip percubaan gagal... namun pasti akan ripit lagi insya'Allah...sedikit gambar...

minuman rasmi

kawan ku yg dikidnap... belakang tu sebenarnya pulau di tengah tasik... dihubungkan dgn jeti dan jambatan gantung...

pelampung... nasib baik tuan manager en. Rafi sudi memberi 2 pelampung...



umpan keli hidup... RM1.50 seekor...




bro j3ragan5z tengah gigih kasting...

xda langsung hasil kasting... biarpun banyak kumpulan anak toman yg masih berbelang bermain air... namun semua jenis gewang tidak dipandang langsung... bagii sya sendiri yang memang zero knowledge tentang pancingan air tawar dan memang xpandai menggayakan gewang hampa dgn sesi kasting... mungkin juga sebab lewat sampai... sudah jam11 baru sampai... ekekekeke...

semua jenis gewang diterai... minnow selaman dalam dan selaman cetek... SP minnow yg berbau... pencil bait... popper... gewang mini... katak terbang yg berkipas... janggut... semua langsung tiada siapa yg ambil peduli...diharap acara ripit nanti ada yang pandai mengilat turut untuk beri bimbingan...


namun ada satu sambaran rakus pada pancing berumpankan keli hidup dan steel 20lb sepanjang lebih kurang 12inci... drag sengaja dilonggarkan dan pancing diikat pada kayu... berdesit tali keluar tidak henti... kelam kabut... lucu betul masa tu... wakakakaka... akhirnya besi teras pada pelampung patah... bukan steel...




1 comment:

Farock Bukan Nama Sebenar said...

salamz...
nice blog.. no fishing need Fish :-).
gue suka.. perkataan KUMPAU nie??
asal mana


http://ilmu-hitam.blogspot.com/