Pertama... dalam bahasa...

Aku wujudkan blog ni adalah untuk menyimpan rekod-rekod serta maklumat dalam arena pancingan aku untuk rujukan aku sendiri dan mungkin akan menjadi berguna bagi orang lain... Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam blog ni biasanya aku ambik dari http://www.fishing.net.my/forum/default.asp tempat dimana aku mensampah dan juga tempat dimana aku cuba mencari ilmu... Dan juga mungkin akan aku ambik hasil dari carian di dalam JARING LUAS DUNIA...

Thursday, April 3, 2008

Mengapa aku suka memancing???

Mengapa aku suka mancing??? errmmmm... sukar untuk diterangkan secara specifik... seakan aktiviti ni sudah jadi sebahagian dari hidup aku... rutin... nak kata sebab nak cari makan tu tak la juga 100%... sebab ada masanya... selalunya xda hasil yang dibawa balik... kumpau... bersambung

Wednesday, April 2, 2008

Pancingan... Takat... Pesakon Oyo... Pesakon Diki...

"tok... tok... tok...", ketukan manja di pintu bilik aku pada 30hb Mac bersamaan hari Ahad...
"sapa la datang awal pagi ni???", bisik aku dalam hati... mamai2 buka pintu... atam a.k.a gawa tercegat depan pintu dengan helmet hitam dia...
"bah datang la ko pi rumah...", kata gawa... aku tengok jam baru 9:30 a.m... "mo jalan sekarang ni ka???", aku tanya dia... "ya lah...", balas gawa... "ok... aku mandi jap..."

Jam 10 a.m aku pi rumah gawa... abang gawa enche panji keluar pi beli minyak... 15 minti lepas tu panji datang... angkat enjin 9.8 terus bergerak ke pantai... umpan yang telah dibeli lebih awal oleh gawa... udang kertas sekilo... tolak bot 10 kaki ke air... abg mee pun sampai... jam 10:30 a.m kami berempat iaitu aku, gawa, panji dan abg mee pun bergerak menuju ke kawasan karang yang pertama...

Setiba di karang pertama sauh pun dijatuhkan... apa lagi mancing lah... hehehehehehe... seawal2 minit gawa sudah naikkan sekor ikan karang... pastu panji... pastu abg mee... aku yang pakai rod & reel ni masih belum ada hasil... tensen... hampir aku letak rod & reel pastu pakai hand line macam derang yang lain... tapi aku bawa bersabar... masih mencari teknik yang sesuai... ladung bulat saiz 4 dilabuhkan... cecah dasar karau setengah bagi batu tergantung... getuan dirasai... kemudia terus dibawa lari... sentap dan karauan dilakukan... hasilnya seekor ikan karang yang aku tak tau apa spisisnya... selepas itu silih berganti kami menaikkan ikan karang... gombur/kuang2/kerapu SV?... kerapu dan spisis karang yang lain... enpon tak bawa sebab takut tercedera ketika memancing... jadik xda gambar di atas bot...

Beberapa kali kami menukar spot... hasil sama dengan spot yang lain... semuanya tidak sampai 1km dari pantai... dan pada waktu2 kecederaan kami berpindah ke spot "tiang bendera"... target untuk cari ikan putih dan kenai... minggu lepas di spot itulah panji di serang ikan putih pada waktu yang sama seperti hari ini... "di sini lah kita nda berngam ni mee..." kata gawa... tidak lama lepas tu pancing aku di bawa lari dengan padu... belum sempat drag diketatkan ikan sudah masuk ke celah batu... tali dikendurkan untuk memujuk ikan keluar... namun setelah 2min ikan xmp juga keluar tindakan ganaz diambil... tarik tali sekuat hati... tus!!!! tali putus... saspek utama kenai... mungkin kenai... tapi mungkin sudah bukan rezeki kami waktu tu... cuma panji berjaya membawa naik seekor kenai...

hampir 3 kg ikan ni naik... penyeri seandainya memancen di kawasan karang...

ikan ni tidak pasti apa namanya...
ikan ni kalu tempat aku pangil aba-aba...

sekadar gambar hiasan... kenai...

insya'Allah hujung minggu ni turun lagi... moga di lain hari rezeki menyebelahi...